BUTTERFLY CUT DAN CADANGAN CARA PEMAKAIAN OLEH BUTIK MYHANNAH.
CARA PEMAKAIAN TUDUNG POTONGAN INI TIDAK TERTAKLUK KEPADA CARA YANG
DITUNJUKKAN SAHAJA DAN IANYA TERTAKLUK KEPADA KRETIVITI PENGGUNA ITU
SENDIRI.
Butterfly Cut : Cara 1

1.1 Sarungkan tudung seperti gambar di atas.

1.2 Pegang hujung sebelah kanan ataupun kiri mengikut keselesaan seperti gambar di atas.

1.3 Hujung bahagian kanan ataupun kiri di naikkan ataupun dililit dan dipinkan di atas kepala dengan brooch seperti gambar di atas.

1.4 Pinkan dengan brooch di bahagian bahu kiri atau kanan tudung seperti gambar di atas.

1.5 Beginilah pandangan hadapan tudung potongan butterfly yang siap dipakai dengan cara 1.

1.6 Ini pula pandangan dari belakang tudung yang siap dipakai dengan cara 1.
Butterfly Cut : Cara 2

2.1 Mula-mula tudung disarungkan seperti gambar di atas.

2.2 Tarik dan temukan bahagian kiri dan kanan tudung di bahu seperti gambar di atas.

2.3 Kemudian pinkan dengan brooch di kiri dan kanan.

2.4 Tudung yang siap dipakai dgn cara 2.
Butterfly Cut : Cara 3

3.1 Mula-mula tudung disarungkan seperti gambar di atas.

3.2 Kemudian, tarik bahagian kiri dan kanan tudung ke bahu seperti gambar di atas. Cara ini lebih kurang sama dgn cara 2 bezanya cuma dengan cara ini tudung di tarik lebih jauh sedikit sehingga nampak bersilang di bahagian bawah.
** Cara 2: bahagian hujung bawah tudung bertemu dan nampak sama.

3.3 Pinkan di bahagian kiri dan kanan tudung seperti gambar di atas.




