Feb 25

BUTTERFLY CUT DAN CADANGAN CARA PEMAKAIAN OLEH BUTIK MYHANNAH.

CARA PEMAKAIAN TUDUNG POTONGAN INI TIDAK TERTAKLUK KEPADA CARA YANG

DITUNJUKKAN SAHAJA DAN IANYA TERTAKLUK KEPADA KRETIVITI PENGGUNA ITU

SENDIRI.

Butterfly Cut : Cara 1

1.1 Sarungkan tudung seperti gambar di atas.

1.2 Pegang hujung sebelah kanan ataupun kiri mengikut keselesaan seperti gambar di atas.

1.3 Hujung bahagian kanan ataupun kiri di naikkan ataupun dililit dan dipinkan di atas kepala dengan brooch seperti gambar di atas.

1.4 Pinkan dengan brooch di bahagian bahu kiri atau kanan tudung seperti gambar di atas.

1.5 Beginilah pandangan hadapan tudung potongan butterfly yang siap dipakai dengan cara 1.

1.6 Ini pula pandangan dari belakang tudung yang siap dipakai dengan cara 1.

 

Butterfly Cut : Cara 2

2.1 Mula-mula tudung disarungkan seperti gambar di atas.

2.2 Tarik dan temukan bahagian kiri dan kanan tudung di bahu seperti gambar di atas.

2.3 Kemudian pinkan dengan brooch di kiri dan kanan.

2.4 Tudung yang siap dipakai dgn cara 2.

 

Butterfly Cut : Cara 3

3.1 Mula-mula tudung disarungkan seperti gambar di atas.

3.2 Kemudian, tarik bahagian kiri dan kanan tudung ke bahu seperti gambar di atas. Cara ini lebih kurang sama dgn cara 2 bezanya cuma dengan cara ini tudung di tarik lebih jauh sedikit sehingga nampak bersilang di bahagian bawah.

** Cara 2: bahagian hujung bawah tudung bertemu dan nampak sama.

3.3 Pinkan di bahagian kiri dan kanan tudung seperti gambar di atas.

3.4 Pandangan tudung yang siap dipakai dengan cara 3.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!

Feb 22

SELENDANG MYHANNAH

  • direka khas untuk memudahkan pemakaian.
  • tidak perlu mengenakan anak tudung.
  • cuba sendiri untuk merasai keselesaan.
  • tidak perlu menggunakan brooch atau pin.
  • hanya sarungkan, lilit dan selit di bawah dagu.

PANDUAN PEMAKAIAN SELENDANG MYHANNAH

(1) Mula- mula pakai selendang seperti gambar di atas.

(2) Kemudian tarik selendang ke arah kanan bahu seperti gambar di atas.

** Ada juga selendang myhannah yg capnya di bahagian tengah. Yang di dalam gambar ini contoh yg capnya dijahit di bahagian tepi tudung. Cara pemakaian mungkin sedikit berbeza.

(3) Selendang kemudiannya ditarik hingga ke atas kepala seperti gambar di atas.

(4) Kemudian selitkan selendang di bawah dagu. Selendang ini tidak perlu pakai pin kerana di bahagian muka telah dijahit.

(5) Jika mahu nampak lebih bergaya bolehlah diletakkan brooch seperti gambar di atas.

(6) Pandangan dari belakang.

 

NANTIKAN DESIGN BARU SELENDANG MYHANNAH BULAN HADAPAN!!!

Feb 22

(1) Contoh tudung yang digayakan oleh model ini telah digunakan untuk majlis khatam Quran.

 (1)

 

(2), (3) & (4)

Contoh tudung yang digayakan oleh model ini dipakai semasa majlis akad nikah.

 (2)

 

 (3)

 

 (4)

** Harga tudung bergantung kepada jenis manik, jenis kain atau lace yang digunakan

(RM 100 - RM 180)

Feb 22

Potongan MLS

 

Pandangan dari hadapan

 

Pandangan dari belakang.

Feb 22

Potongan Twist & Turn :

Cara Pemakaian

 

(1) Mula-mula pakai tudung seperti gambar di atas. Tangan kanan pegang hujung sebelah kanan tudung dan tangan kiri pegang hujung sebelah kiri tudung.

(2) Kemudian, pusingkan tangan kanan ke belakang dan tangan kiri di hadapan atau sebaliknya. 

(3) Tudung akan kelihatan seperti gambar seperti atas. Bahagian di atas bahu perlu dikemaskan supaya kelihatan seperti gambar di atas.

(4) Pandangan di bahagian belakang.

 

Tudung potongan ini amat mudah digayakan. Hanya kain yang sesuai sahaja boleh dibuat potongan ini.

 

Stock kain yang ada : Warna hitam, dark brown, biru, purple, white, off white dll. (warna kain akan diupload kemudian

Untuk tempahan : Sila email hani1902@yahoo.com

Harga : RM 65

Feb 03

Pandangan hadapan tudung potongan santai. Jika dipakai begitu sahaja tanpa apa-apa aksesori juga sudah memadai.

Pandangan belakang tudung potongan santai. 

Jika mahu nampak lebih elegant ataupun kemas bolehlah diletakkan pin/brooch/hair clip dibahagian belakang tudung.

Feb 03

Pandangan dari belakang tudung potongan santai.

Pandangan dari hadapan potongan tudung potongan santai.

** Di butik terdapat pelbagai lagi tudung potongan santai sama ada yang berwarna kosong ataupun bercorak.

Feb 03

 

MODEL MENGENAKAN TUDUNG MYHANNAH POTONGAN S DAN JUGA T-SHIRT MYHANNAH ( Harga Tudung RM 60.00 T-Shirt RM 69.00)

  • POTONGAN INI AGAK SINGKAT DI BAHAGIAN HADAPAN DAN BELAKANG.
  • Sesuai bagi mereka yang inginkan gaya simple dan bersahaja.
  • Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yg aktif dan mementingkan masa.
  • Bagi mereka yg aktif bersukan juga sesuai mengenakan tudung cutting ini.